Thursday, July 4, 2013

Aktiviti Perkongsian Dan Pembelajaran Di Dewan Crown, Elken HQ - Isnin 1hb Julai 2013


Salah satu resepi kejayaan di Elken ialah rajin menghadiri aktiviti perkongsian dan pembelajaran setiap malam Isnin di Dewan Crown, Elken HQ. Adakah anda ingin menjadi jutawan dan memiliki pendapatan lumayan? Ingin tahu lebih lanjut tentang perniagaan Elken? Sila hubungi atau sms 019-606 1948 atau emel: sabdlati@gmail.com





Perkongsian Peribadi Oleh Bekas Seorang Imam


Sewaktu menghadiri aktiviti di pejabat Elken Isnin, 1hb Julai 2013, lalu, seorang bekas Imam di sebuah masjid di negeri Sembilan telah berkongsi secara peribadi dengan bakal Jutawan Saleh. Bekas Imam tersebut yang dikenali sebagai Encik Malik dengan senang hatinya telah berkongsi kisah bagaimana beliau mula terlibat secara aktif dengan perniagaan Elken. Ujarnya yang kini merupakan seorang stokis di N9, matlamat utama beliau fight dalam bisnes Elken adalah untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya satu ketika dahulu.

Sudah jelas lagi bersuluh sekarang dan seperti kata upline mentor MCCM Yvonne, untuk berjaya dalam bisnes Elken perlu ada matlamat dan impian yang jelas. Dengan segala bantuan yang telah tersedia seperti sistem CBP, produk-produk yang berkualiti dan sistem pendidikan Elken yang sangat baik, Insya Allah beroleh kejayaan jika berusaha dengan gigih dan bersemangat. 

Bersama "Imam" Malik

Ya Allah, aku bemunajat dan berdoa kepadaMU semoga memberi kekuatan dan semangat kepadaku ketika menjalankan bisnes Elken. Engkaulah pemberi rezeki yang MAHA ESA. Murahkanlah rezekiku. Ya Allah Permudahkanlah. Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan Kebaikan.  Amin ya rabbal a'lamin.

BERTEMU ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN!

Monday, July 1, 2013

First Time Makan Di "Ikan Bakar Empangan Putrajaya"


Pada hari Jumaat, tanggal 21hb Jun 2013 yang lalu aku dah set "sesi ngeteh" di Putrajaya dengan Abg Ali, rakan sekerja dalam beberapa projek sewaktu di sebuah syarikat IT tempatan dulu. Sudah agak lama jugak tidak bertemu dengan Abg Ali ni semenjak dia ambik VSS. Aku ingatkan sesi ngeteh kami akan berlaku di salah sebuah kedai mamak di Putrajaya.

Tetapi sebaliknya Abg Ali sudah tukar lokasi. Dia beritahu aku supaya datang ke pintu masuk PICC di Precinct 5. Walaupun Putrajaya bukanlah begitu asing bagiku, tetapi PICC memang aku tak pernah sampai. So, memandangkan aku pun tidak begitu pasti untuk ke lokasi yang diguide Abg Ali melalui handphone, aku terpaksa tunggu beliau di pejabat HQ Imigresen yang terletak di Precint 2.

Aku (kiri) dan Abg Ali (senior 10 tahun) 
Bila aku follow Abg Ali melintasi Jambatan Seri Gemilang, aku terpaku dengan keindahan dan kecantikan jambatan tersebut yang dilimpahi cahaya-cahaya lampu di atas sebuah tasik. Cantik tak pemandangan seperti gambar di bawah?

Seingat aku yang sepuluh tahun lagi untuk menginjak usia pencen, aku dan Abg Ali bersama dalam tiga projek - Projek JPJ, Projek Imigresen dan Projek Peladang. Abg Ali ni cool orangnya, tapi jangan cari pasal dengan dia. Nak tahu sebab apa? Beliau ni merupakan bekas jurulatih karate. Di samping itu Abg Ali dizaman mudanya sangat aktif bersukan sehingga ke hari ini masih rajin berjogging dan jaga diet. Pada malam tersebut Abg Ali hanya order air buah. Sudah makan di rumah katanya. Satu lagi kehebatan Abg Ali ni, dia ada "dua masjid", tak macam aku yang hanya ada satu masjid. Korang boleh fahamkan apa maksud aku? 

Abg Ali diapit pasangan bakal Jutawan Saleh & Jutawan Fadhil

Bakal Jutawan Zah ambik kesempatan untuk berposing 

Sesi "perkongsian" dengan Abg Ali di Ikan Bakar Empangan Putrajaya terganggu dengan suasana bingit orang menyanyi dengan kuat. Ada function dan show pulak malam tu. Walaupun agak terganggu, tetapi Alhamdulillah aku bersama2 DCM Yati dan suaminya berjaya juga menyampaikan info2 tentang produk luar biasa Elken.

Friday, June 21, 2013

Kantoi Ketika Perkongsian (Sharing)


Khamis, 20hb Jun 2013

Pernah makan nasi ayam penyet? Hari ini aku lunch menu ini di restoran PENYET EXPRESS di KL Sentral. Sebenarnya aku ada sharing dengan prospek yang merupakan classmate dari Form 1 sampai Form 5 sewaktu di sekolah menengah dahulu. Perkongsian terpaksa dilakukan bersendirian kerana upline aku ada meeting di pejabat. Satu pengalaman baru yang sangat menarik dan berguna bagi aku untuk berdikari. 

Sebenornya, prospek aku lebih arif dan berpengalaman dalam marketing sebab itu bidang dia. Terkial-kial gak aku apatah lagi aku kantoi bila dia tanya lebih lanjut tentang El Marino Blanc. Dahlah flyer produk ini aku tak ada ketika itu. Penyudahnya, dek kurang yakin (not convinced) dengan penerangan aku tentang produk tersebut, prospek aku tu tak berani try pun sample yang aku beri kepadanya. Aku promise dengan dia untuk emelkan kemudian. Setelah aku tiba dirumah selepas usai sharing kedua untuk hari ini pada jam 2.00 pagi (jangan tak percaya), aku terus scan flyer El Marino yang telah dibeli di pejabat petang tadi dan terus emel. Jangan tangguh kerja jika anda mampu lakukan segera! 

ayam penyet nyum .. nyum ...

pernah makan di sini?

Jam 5.15 petang aku dah sampai di pejabat. Jam 6 petang ada special class MCCM Yvonne conduct untuk para downliners nya. Ada ilmu sangat penting untuk berjaya. Apatah lagi dari sifu yang telah bertahun-tahun experience dengan cabaran dan dugaan untuk buat perkongsian (sharing). Tersangat banyak ilmu dan tips-tips yang diberikan oleh sifu. Kasi "terbakar" lagi.

"special class" - Sharing 101

Setelah sesi kelas khas selesai kira-kira 2 jam kemudian, upline aku ajak "isi perut". Molek benorlah tu sebab perut aku pun dah berbunyi-bunyi. Walaupun aku ada appointment dengan prospek pada jam 10 di Pandan Indah, aku  perlu recharge. First time aku makan di warung di belakang pejabat Elken. 

Dalam jam 11 malam, sesi sharing dengan prospek yang merupakan rakan sekerja di syarikat yang sama pun bermula. Sharing kali ini, upline aku ada bersama. Bertubi-tubi prospek ajukan soalan2 maut. Alhamdulillah, semua dapat dijawab sebaik mungkin. Bersetuju untuk buat fitting isteri prospek minggu depan merupakan tanda positif. 

Ya Allah, usaha dan ikhtiar telah kulakukan sebaik mungkin, kini aku berserah kepadaMu. Hanya engkau yang memberi rezeki kepada hambaMu seperti aku.

Thursday, June 20, 2013

Pembelian Pertama di Pejabat Elken


Rabu, 19hb Jun 2013

Seusai solat maghrib Jutawan Saleh dan Jutawan Zah bergegas dari Shah Alam ke Wisma Elken di Jalan Kelang Lama. Jika kelmarin, mereka pergi berdua sahaja ke Wisma Elken (pejabat), tetapi kali ini anak bongsu mereka, Fahim Al-Faqeh, juga turut serta. 


Pada malam ini, tujuan bertandang ke pejabat adalah untuk mendapatkan ilmu tentang produk - DX dan RO, dan pelan pemasaran. Sebelum masuk ke "dewan kuliah", kedua-dua jutawan Saleh & Zah singgah di kaunter pembelian untuk membeli beberapa barangan. Inilah kali pertama mereka membuat pembelian sendiri di pejabat. Sebelum ini pembelian produk Elken adalah di pejabat stokis Seksyen 13 Shah Alam atau melalui upline, DCM Yatie.


Jutawan Saleh telah membeli EMPAT unit Arabian Dates manakala Jutawan Zah membeli DUA IG6 Colostrum Cookies. Kedua-dua produk ini merupakan sebahagian daripada barangan RAYA ARABIA Promosi Spesial. Sementara Fahim sianak Jutawan pula membeli DUA unit Chocolate with malt yang sudah menjadi minuman harian beliau.  

Memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi dan kurma menjadi favourite, Jutawan Saleh tanpa berfikir panjang telah membeli produk ini. Dengan pakej yang menarik, Jutawan Saleh ingin berkongsi produk ini dengan prospek2 beliau.

Arabian Dates

Chocolate with malt
Memang sudah tidak dinafikan lagi kurma atau nama saintifiknya phoenix dactylifera mempunyai khasiat yang banyak. Islam juga amat menggalakkan umatnya agar mengamalkan makan kurma atau dikenali juga sebagai buah tamar. Jika anda google di internet, Insya Allah banyak laman2 web dan blog yang memaparkan tentang kebaikan dan khasiat buah kurma seperti di link ini.

Kepada anda yang berminat dengan produk2 ini, sila hubungi Jutawan Saleh melalui emel - sabdlati@gmail.com atau hp - 0196061948. Promosi spesial hanya di antara 22hb Mei 2013 hingga 8 September 2013.

Tuesday, June 18, 2013

Sharing Di Putrajaya


Pada pukul 12.15 tengahari aku memandu ke Putrajaya dari Shah Alam. Dah agak lama jugak rasanya aku tak ke sana. Sebelum ni selalunya aku ke Putrajaya atas urusan kerja pejabat samada di JPN atau di BHEUU. Tetapi hari ini aku ke sana kerana ada sharing dengan bekas rakan sekerja. Sebenarnya bukan aku yang akan pot pet pot pet tentang produk dan pelan pemasaran, tetapi upline aku. Aku ni hanya tukang mencelah dan ice breaker ajer he he ... 

Insya Allah nanti, setelah tahu selok belok tentang produk dan pelan pemasaran Elken baru aku sendiri yang akan buat sharing. Insya Allah pada ketika itu aku pulak yang akan bantu downline aku. As what Elken motto says, Elken builds you to build others. Jangan marah no, aku speaking sket ...


Seusai sharing, upline aku suami isteri bergegas meninggalkan Putrajaya. Nak ke Wisma Elken kata mereka untuk mensettlekan urusan pendaftaran salah seorang prospect mereka. Manakala aku pula menapak ke parkir kereta yang boleh tahan jauhnya. Aku parkir di tempat biasa ketika aku datang ke Putrajaya dan ada kerja di JPN sebelum ini. Adakah aku terus memecut balik ke Shah Alam? Tidak jawapannya. 

Sudah pukul 4 lebih. Memandangkan waktu Asar dah nak masuk dalam masa setengah jam lagi, aku pun pergi ke Masjid Besi. Hangpa semua tak tau tentang Masjid Besi Putrajaya? Jangan buat peleceh rakyat Malaysia. Aku cukup suka bersolat di masjid ni, sebab ia open. Angin sepoi-sepoi dari tasik berhampiran sungguh mengasyikkan. Pemandangan indah dan menarik. Aku pun beriktikaf dan paksa diri untuk baca al-quran.

ruang solat sebelah hadapan

beautiful view di sebelah kanan masjid

gambar tangkap sendiri ...
Kebanyakkan dari kita, terutamanya aku, memang dari golongan mukmin yang rugi. Sebab apa? Sebab kita malas baca al-quran. Bukan itu saja, kita (aku khususnya), malas solat berjemaah di masjid. Pada hal kita tahu yang solat berjemaah tu pahalanya 27 kali ganda. Dan beriktikaf di masjid tu besar ganjarannya. Pelik kan kita ni? Macam-macam alasan diberi bila kita diajak untuk bersolat jemaah di masjid.

Dah tahu berniaga tu digalakkan dalam islam, tetapi bila orang ajak untuk berniaga, macam-macam alasan aku bagi. Serupalah macam peluang Elken ni. Ramai yang dah berjaya. Ada yang berani resign kerja lagi setelah mendapat income melebihi gaji. Pasai apanya yang aku tak mau merebut peluang tersebut? Pasai apa aku tidak bertindak? Kata bebudak la ni, HAMPEH!! Ni nak kasik "terbakar" diri aku sendiri. 

Sewaktu usai solat Asar ketika hendak turun ke parkir, aku terperasan ada kerusi urut yang kena masuk duit tu (seperti gambar di bawah). Nampak? Ada orang nampak dan ambik peluang berniaga, tak kira di mana sahaja.


OK lah, aku nak sign off dulu. Nak tulis entri ni pun aku kena stop sekejap untuk gi soru.

Saya & Suami Nak Jadi Jutawan Melalui Elken


Isnin, 17hb Jun 2013

Salam perkenalan dengan entri sulung ini.

Saya Zah, seorang guru di sebuah sekolah di Shah Alam. Berusia awal 40an. Suami saya, namanya Saleh. Senior saya dua tahun dari segi usia. IT merupakan bidang kerjayanya. Bahtera perkahwinan kami menginjak ke tahun ke 18 pada bulan November nanti. Anak ada tiga orang. Yang sulung dan yang tengah akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR tahun ini. Yang bongsu masih di sekolah rendah.

Begitulah serba ringkas tentang diri saya. Ni saya nak cerita dengan korang semua.

Selepas solat maghrib tadi kira-kira pada pukul 8.15 malam, saya dan suami bertolak ke Jalan Kelang Lama. Nak tahu kemana destinasi kami? Sebenarnya kami berdua hendak ke Wisma Elken untuk mendengar satu perkongsian dari salah seorang otai Elken yang bernama Mary Chee yang diterbangkan khas dari Sabah. 

Oh, ya mesti ramai di kalangan korang yang tak tahu apa itu Elken. Elken ni sebenarnya salah satu dari beratus-ratus (beribu-ribu mungkin?) syarikat jualan lansung di Malaysia. Elken telah dinobatkan sebagai Syarikat Jualan Lansung Malaysia/Tempatan No 1 di Malaysia bagi Tahun 2011/2012. Pengiktirafan ini telah diberikan oleh BusinessLogy. (Sila klik di sini untuk mengetahui Syarikat Jualan Lansung atau MLM Terbaik di Malaysia). 

Saya dah join Elken ni agak lama juga. Kurang aktif membina rangkaian, cuma menjadi pengguna setia  produk-produk Elken terutamanya spirulina. Saya dikenalkan kepada Elken oleh adik saya, Yatie, yang buat  MLM secara full time. Tetapi bermula beberapa minggu lalu, saya dan suami telah nekad untuk membina rangkaian setelah melihat kejayaan beliau sekarang yang mendapat pendapatan berbelas-belas ribu sebulan. 

Bermula semalam, saya dan suami telah menghadiri perkongsian atau sharing di kalangan Elkenians. Setelah meneliti info-info dan maklumat di majlis perkongsian tersebut, peluang untuk menjadi jutawan melalui di Elken memang sebuah realiti; BUKAN sekadar mimpi. 

Malam ini saya dan suami memang menjadi lebih "terbakar" oleh perkongsian Mary Chee, MCCM perempuan pertama dari Negeri Dibawah Bayu iaitu Sabah. Beliau merupakan seorang yang hanya biasa-biasa sahaja seperti saya tetapi mampu menjadi seorang yang luar biasa.

Nak tahu lebih lanjut tentang beliau, anda boleh tonton video ini. Juga klip-klip artikel di bawah.

              

Gambar2 di bawah yang menunjukkan suasana di majlis perkongsian MCCM Mary Chee yang ditangkap oleh suami saya.





Diharap para upline saya DCM Norhayati Sulaiman dan MCCM Yvonne Leong (gambar di bawah) bisa membantu saya dan suami untuk bergelar jutawan Elken di masa hadapan. Amin ya rabbal a'lamin.