Friday, June 21, 2013

Kantoi Ketika Perkongsian (Sharing)


Khamis, 20hb Jun 2013

Pernah makan nasi ayam penyet? Hari ini aku lunch menu ini di restoran PENYET EXPRESS di KL Sentral. Sebenarnya aku ada sharing dengan prospek yang merupakan classmate dari Form 1 sampai Form 5 sewaktu di sekolah menengah dahulu. Perkongsian terpaksa dilakukan bersendirian kerana upline aku ada meeting di pejabat. Satu pengalaman baru yang sangat menarik dan berguna bagi aku untuk berdikari. 

Sebenornya, prospek aku lebih arif dan berpengalaman dalam marketing sebab itu bidang dia. Terkial-kial gak aku apatah lagi aku kantoi bila dia tanya lebih lanjut tentang El Marino Blanc. Dahlah flyer produk ini aku tak ada ketika itu. Penyudahnya, dek kurang yakin (not convinced) dengan penerangan aku tentang produk tersebut, prospek aku tu tak berani try pun sample yang aku beri kepadanya. Aku promise dengan dia untuk emelkan kemudian. Setelah aku tiba dirumah selepas usai sharing kedua untuk hari ini pada jam 2.00 pagi (jangan tak percaya), aku terus scan flyer El Marino yang telah dibeli di pejabat petang tadi dan terus emel. Jangan tangguh kerja jika anda mampu lakukan segera! 

ayam penyet nyum .. nyum ...

pernah makan di sini?

Jam 5.15 petang aku dah sampai di pejabat. Jam 6 petang ada special class MCCM Yvonne conduct untuk para downliners nya. Ada ilmu sangat penting untuk berjaya. Apatah lagi dari sifu yang telah bertahun-tahun experience dengan cabaran dan dugaan untuk buat perkongsian (sharing). Tersangat banyak ilmu dan tips-tips yang diberikan oleh sifu. Kasi "terbakar" lagi.

"special class" - Sharing 101

Setelah sesi kelas khas selesai kira-kira 2 jam kemudian, upline aku ajak "isi perut". Molek benorlah tu sebab perut aku pun dah berbunyi-bunyi. Walaupun aku ada appointment dengan prospek pada jam 10 di Pandan Indah, aku  perlu recharge. First time aku makan di warung di belakang pejabat Elken. 

Dalam jam 11 malam, sesi sharing dengan prospek yang merupakan rakan sekerja di syarikat yang sama pun bermula. Sharing kali ini, upline aku ada bersama. Bertubi-tubi prospek ajukan soalan2 maut. Alhamdulillah, semua dapat dijawab sebaik mungkin. Bersetuju untuk buat fitting isteri prospek minggu depan merupakan tanda positif. 

Ya Allah, usaha dan ikhtiar telah kulakukan sebaik mungkin, kini aku berserah kepadaMu. Hanya engkau yang memberi rezeki kepada hambaMu seperti aku.

No comments:

Post a Comment