Tuesday, June 18, 2013

Saya & Suami Nak Jadi Jutawan Melalui Elken


Isnin, 17hb Jun 2013

Salam perkenalan dengan entri sulung ini.

Saya Zah, seorang guru di sebuah sekolah di Shah Alam. Berusia awal 40an. Suami saya, namanya Saleh. Senior saya dua tahun dari segi usia. IT merupakan bidang kerjayanya. Bahtera perkahwinan kami menginjak ke tahun ke 18 pada bulan November nanti. Anak ada tiga orang. Yang sulung dan yang tengah akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR tahun ini. Yang bongsu masih di sekolah rendah.

Begitulah serba ringkas tentang diri saya. Ni saya nak cerita dengan korang semua.

Selepas solat maghrib tadi kira-kira pada pukul 8.15 malam, saya dan suami bertolak ke Jalan Kelang Lama. Nak tahu kemana destinasi kami? Sebenarnya kami berdua hendak ke Wisma Elken untuk mendengar satu perkongsian dari salah seorang otai Elken yang bernama Mary Chee yang diterbangkan khas dari Sabah. 

Oh, ya mesti ramai di kalangan korang yang tak tahu apa itu Elken. Elken ni sebenarnya salah satu dari beratus-ratus (beribu-ribu mungkin?) syarikat jualan lansung di Malaysia. Elken telah dinobatkan sebagai Syarikat Jualan Lansung Malaysia/Tempatan No 1 di Malaysia bagi Tahun 2011/2012. Pengiktirafan ini telah diberikan oleh BusinessLogy. (Sila klik di sini untuk mengetahui Syarikat Jualan Lansung atau MLM Terbaik di Malaysia). 

Saya dah join Elken ni agak lama juga. Kurang aktif membina rangkaian, cuma menjadi pengguna setia  produk-produk Elken terutamanya spirulina. Saya dikenalkan kepada Elken oleh adik saya, Yatie, yang buat  MLM secara full time. Tetapi bermula beberapa minggu lalu, saya dan suami telah nekad untuk membina rangkaian setelah melihat kejayaan beliau sekarang yang mendapat pendapatan berbelas-belas ribu sebulan. 

Bermula semalam, saya dan suami telah menghadiri perkongsian atau sharing di kalangan Elkenians. Setelah meneliti info-info dan maklumat di majlis perkongsian tersebut, peluang untuk menjadi jutawan melalui di Elken memang sebuah realiti; BUKAN sekadar mimpi. 

Malam ini saya dan suami memang menjadi lebih "terbakar" oleh perkongsian Mary Chee, MCCM perempuan pertama dari Negeri Dibawah Bayu iaitu Sabah. Beliau merupakan seorang yang hanya biasa-biasa sahaja seperti saya tetapi mampu menjadi seorang yang luar biasa.

Nak tahu lebih lanjut tentang beliau, anda boleh tonton video ini. Juga klip-klip artikel di bawah.

              

Gambar2 di bawah yang menunjukkan suasana di majlis perkongsian MCCM Mary Chee yang ditangkap oleh suami saya.





Diharap para upline saya DCM Norhayati Sulaiman dan MCCM Yvonne Leong (gambar di bawah) bisa membantu saya dan suami untuk bergelar jutawan Elken di masa hadapan. Amin ya rabbal a'lamin.



1 comment:

  1. Mudah2 anda berjaya mencapai impian. Insha Allah !
    https://mohamad-azizan.kyani.net

    ReplyDelete