Thursday, July 4, 2013

Aktiviti Perkongsian Dan Pembelajaran Di Dewan Crown, Elken HQ - Isnin 1hb Julai 2013


Salah satu resepi kejayaan di Elken ialah rajin menghadiri aktiviti perkongsian dan pembelajaran setiap malam Isnin di Dewan Crown, Elken HQ. Adakah anda ingin menjadi jutawan dan memiliki pendapatan lumayan? Ingin tahu lebih lanjut tentang perniagaan Elken? Sila hubungi atau sms 019-606 1948 atau emel: sabdlati@gmail.com





Perkongsian Peribadi Oleh Bekas Seorang Imam


Sewaktu menghadiri aktiviti di pejabat Elken Isnin, 1hb Julai 2013, lalu, seorang bekas Imam di sebuah masjid di negeri Sembilan telah berkongsi secara peribadi dengan bakal Jutawan Saleh. Bekas Imam tersebut yang dikenali sebagai Encik Malik dengan senang hatinya telah berkongsi kisah bagaimana beliau mula terlibat secara aktif dengan perniagaan Elken. Ujarnya yang kini merupakan seorang stokis di N9, matlamat utama beliau fight dalam bisnes Elken adalah untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya satu ketika dahulu.

Sudah jelas lagi bersuluh sekarang dan seperti kata upline mentor MCCM Yvonne, untuk berjaya dalam bisnes Elken perlu ada matlamat dan impian yang jelas. Dengan segala bantuan yang telah tersedia seperti sistem CBP, produk-produk yang berkualiti dan sistem pendidikan Elken yang sangat baik, Insya Allah beroleh kejayaan jika berusaha dengan gigih dan bersemangat. 

Bersama "Imam" Malik

Ya Allah, aku bemunajat dan berdoa kepadaMU semoga memberi kekuatan dan semangat kepadaku ketika menjalankan bisnes Elken. Engkaulah pemberi rezeki yang MAHA ESA. Murahkanlah rezekiku. Ya Allah Permudahkanlah. Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan Kebaikan.  Amin ya rabbal a'lamin.

BERTEMU ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN!

Monday, July 1, 2013

First Time Makan Di "Ikan Bakar Empangan Putrajaya"


Pada hari Jumaat, tanggal 21hb Jun 2013 yang lalu aku dah set "sesi ngeteh" di Putrajaya dengan Abg Ali, rakan sekerja dalam beberapa projek sewaktu di sebuah syarikat IT tempatan dulu. Sudah agak lama jugak tidak bertemu dengan Abg Ali ni semenjak dia ambik VSS. Aku ingatkan sesi ngeteh kami akan berlaku di salah sebuah kedai mamak di Putrajaya.

Tetapi sebaliknya Abg Ali sudah tukar lokasi. Dia beritahu aku supaya datang ke pintu masuk PICC di Precinct 5. Walaupun Putrajaya bukanlah begitu asing bagiku, tetapi PICC memang aku tak pernah sampai. So, memandangkan aku pun tidak begitu pasti untuk ke lokasi yang diguide Abg Ali melalui handphone, aku terpaksa tunggu beliau di pejabat HQ Imigresen yang terletak di Precint 2.

Aku (kiri) dan Abg Ali (senior 10 tahun) 
Bila aku follow Abg Ali melintasi Jambatan Seri Gemilang, aku terpaku dengan keindahan dan kecantikan jambatan tersebut yang dilimpahi cahaya-cahaya lampu di atas sebuah tasik. Cantik tak pemandangan seperti gambar di bawah?

Seingat aku yang sepuluh tahun lagi untuk menginjak usia pencen, aku dan Abg Ali bersama dalam tiga projek - Projek JPJ, Projek Imigresen dan Projek Peladang. Abg Ali ni cool orangnya, tapi jangan cari pasal dengan dia. Nak tahu sebab apa? Beliau ni merupakan bekas jurulatih karate. Di samping itu Abg Ali dizaman mudanya sangat aktif bersukan sehingga ke hari ini masih rajin berjogging dan jaga diet. Pada malam tersebut Abg Ali hanya order air buah. Sudah makan di rumah katanya. Satu lagi kehebatan Abg Ali ni, dia ada "dua masjid", tak macam aku yang hanya ada satu masjid. Korang boleh fahamkan apa maksud aku? 

Abg Ali diapit pasangan bakal Jutawan Saleh & Jutawan Fadhil

Bakal Jutawan Zah ambik kesempatan untuk berposing 

Sesi "perkongsian" dengan Abg Ali di Ikan Bakar Empangan Putrajaya terganggu dengan suasana bingit orang menyanyi dengan kuat. Ada function dan show pulak malam tu. Walaupun agak terganggu, tetapi Alhamdulillah aku bersama2 DCM Yati dan suaminya berjaya juga menyampaikan info2 tentang produk luar biasa Elken.