Tuesday, June 18, 2013

Sharing Di Putrajaya


Pada pukul 12.15 tengahari aku memandu ke Putrajaya dari Shah Alam. Dah agak lama jugak rasanya aku tak ke sana. Sebelum ni selalunya aku ke Putrajaya atas urusan kerja pejabat samada di JPN atau di BHEUU. Tetapi hari ini aku ke sana kerana ada sharing dengan bekas rakan sekerja. Sebenarnya bukan aku yang akan pot pet pot pet tentang produk dan pelan pemasaran, tetapi upline aku. Aku ni hanya tukang mencelah dan ice breaker ajer he he ... 

Insya Allah nanti, setelah tahu selok belok tentang produk dan pelan pemasaran Elken baru aku sendiri yang akan buat sharing. Insya Allah pada ketika itu aku pulak yang akan bantu downline aku. As what Elken motto says, Elken builds you to build others. Jangan marah no, aku speaking sket ...


Seusai sharing, upline aku suami isteri bergegas meninggalkan Putrajaya. Nak ke Wisma Elken kata mereka untuk mensettlekan urusan pendaftaran salah seorang prospect mereka. Manakala aku pula menapak ke parkir kereta yang boleh tahan jauhnya. Aku parkir di tempat biasa ketika aku datang ke Putrajaya dan ada kerja di JPN sebelum ini. Adakah aku terus memecut balik ke Shah Alam? Tidak jawapannya. 

Sudah pukul 4 lebih. Memandangkan waktu Asar dah nak masuk dalam masa setengah jam lagi, aku pun pergi ke Masjid Besi. Hangpa semua tak tau tentang Masjid Besi Putrajaya? Jangan buat peleceh rakyat Malaysia. Aku cukup suka bersolat di masjid ni, sebab ia open. Angin sepoi-sepoi dari tasik berhampiran sungguh mengasyikkan. Pemandangan indah dan menarik. Aku pun beriktikaf dan paksa diri untuk baca al-quran.

ruang solat sebelah hadapan

beautiful view di sebelah kanan masjid

gambar tangkap sendiri ...
Kebanyakkan dari kita, terutamanya aku, memang dari golongan mukmin yang rugi. Sebab apa? Sebab kita malas baca al-quran. Bukan itu saja, kita (aku khususnya), malas solat berjemaah di masjid. Pada hal kita tahu yang solat berjemaah tu pahalanya 27 kali ganda. Dan beriktikaf di masjid tu besar ganjarannya. Pelik kan kita ni? Macam-macam alasan diberi bila kita diajak untuk bersolat jemaah di masjid.

Dah tahu berniaga tu digalakkan dalam islam, tetapi bila orang ajak untuk berniaga, macam-macam alasan aku bagi. Serupalah macam peluang Elken ni. Ramai yang dah berjaya. Ada yang berani resign kerja lagi setelah mendapat income melebihi gaji. Pasai apanya yang aku tak mau merebut peluang tersebut? Pasai apa aku tidak bertindak? Kata bebudak la ni, HAMPEH!! Ni nak kasik "terbakar" diri aku sendiri. 

Sewaktu usai solat Asar ketika hendak turun ke parkir, aku terperasan ada kerusi urut yang kena masuk duit tu (seperti gambar di bawah). Nampak? Ada orang nampak dan ambik peluang berniaga, tak kira di mana sahaja.


OK lah, aku nak sign off dulu. Nak tulis entri ni pun aku kena stop sekejap untuk gi soru.

No comments:

Post a Comment